Sukan Hari Ini

FAM, MFL Sepakat Tubuh PMOM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepakat menubuhkan badan bebas pengadil yang dikenali sebagai Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) dalam usaha menukar pengadil tempatan ke arah profesional sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan PMOM sudah didaftarkan dan kini hanya dalam proses melantik barisan kepimpinan tertinggi terutama bagi jawatan pengurus besar.

Beliau bagaimanapun menegaskan penelitian terperinci perlu dilakukan dalam memilih pegawai pertandingan berstatus profesional ini bagi mengelak masalah berbangkit pada masa depan seperti dialami Liga Malaysia (Liga M) ketika ini selepas beralih dari era separuh profesional kepada profesional pada 1994.

“Kita tak boleh melakukan kesilapan sama seperti dalam menjadikan liga kita sebagai satu liga profesional. Kita ingat dengan menjadikan seorang pemain itu sepenuh masa dengan memberi mereka kontrak, maka kita ada pemain dan liga yang profesional.

“Mungkin kita tidak lihat kepada kelengkapan dan keperluan yang diperlukan untuk menyokong penukaran taraf pemain itu dari amatur atau separuh profesional kepada perofesional. Jadi pada pada hari ini ada yang mempertikaikan adakah liga kita profesional sepenuhnya dan sebagainya.

“Justeru, bagi PMOM ini kita kena tengok balik permulaan itu, bagaimana permulaan perlu dibuat dan apa boleh dititik beratkan. Kita tidak mahu membuat kesilapan sama dan MFL mementingkan kelengkapan sistem serta program secukupnya untuk menyokong peralihan pengadil daripada semi pro pada waktu ini kepada profesional sepenuhnya.

“Jika hajat kita hanya untuk melengkapkan kontrak bagi menjadikan (pengadil) profesional, maka kita tidak belajar dari kesilapan lalu dan terus akan berdepan masalah sama,” katanya pada sidang media menerusi video yang berlintas langsung dari United Kingdom, lapor BH Online.

Akhbar ini dalam laporan khas pada Ahad lalu, melaporkan terdapat pihak menganggap Liga M hanya profesional pada nama apabila beberapa masalah seperti tunggakan gaji pemain, masalah kewangan pasukan dan mutu pengadilan yang lemah masih lagi membelenggu arena bola sepak tempatan.

Kevin kini bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berada di United Kingdom selepas mengadakan pertemuan bersama Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Ahad lalu.

Pertemuan MFL dan FAM bersama PGMOL itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas serta kepakaran daripada badan induk pengadil profesional Liga Perdana Inggeris itu dalam meningkatkan kualiti pengadilan Liga M.

Sementara itu, Yusoff menjelaskan pihaknya perlu mengambil sedikit masa dalam memilih individu benar-benar layak untuk dilantik mengemudi PMOM.

“Kita nak pastikan individu yang dipilih itu memiliki kredibiliti tinggi kerana ini projek pertama dan kita tak mahu gagal. Selepas calon yang dipilih disahkan dalam Lembaga Penagrah MFL nanti, barulah PMOM boleh digerakkan dengan pantas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");