Berita Hari Ini

Hak Kepentingan Orang Melayu Diutamakan – PM

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan bahawa hak serta kepentingan orang Melayu di negara ini tidak sekali-kali dipinggirkan malahan nasib masa depan kaum pribumi itu akan terus dibela.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sentiasa sensitif terhadap keperluan dan kepentingan orang Melayu sekali gus menolak tanggapan negatif banyak pihak kononnya kerajaan sekarang lebih sensitif kepada kaum lain semata-mata.

Beliau menjelaskan, kerajaan mempunyai sebab untuk memberi tumpuan terhadap orang Melayu memandangkan kaum terbesar kalangan masyarakat majmuk di Malaysia itu masih terkebelakang berbanding kaum lain khususnya Cina.

“Kita (kerajaan PH) sensitif terhadap orang Melayu, namun tak bermakna kita tak sensitif kepada orang Cina dan lain-lain. Orang Melayu masalahnya jauh lebih besar dan jauh ketinggalan. Di Malaysia, orang Melayu miskin dan mereka tak tinggal di bandar seperti orang Cina.

“Orang Melayu tinggal jauh di pedalaman dan luar bandar. Suatu hari nanti, orang Melayu akan tinggal di dalam hutan. Sebab itulah kita kena jaga orang Melayu, mereka terdesak dan perlukan perlindungan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH menyatakan perkara itu ketika berucap seterusnya merasmikan Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu di Ladang Tok Pelam di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");