Panasnya Hari Ini

Halangan Menanti Anwar Sebelum Dilantik Sebagai Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR: Hasrat menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bukan semudah yang disangka walaupun hal itu dipersetujui dalam perjanjian Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana, Presiden PKR itu perlu berdepan ‘liku-liku’ tertentu bagi merealisasikan impian sebagai Perdana Menteri kelapan.”

Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata terdapat beberapa proses yang Anwar harus lalui sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Menurut pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, yang pertama adalah mesti ada kekosongan rasmi bagi jawatan Perdana Menteri sama ada melalui proses peletakan jawatan sekalipun.

“Kedua, calon yang mahu diangkat menduduki jawatan itu adalah dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Ketiga, calon Perdana Menteri itu perlu mendapatkan undi majoriti mudah iaitu sokongan daripada 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Keempat yang paling penting adalah Yang di-Pertuan Agong memutuskan perkara itu berdasarkan penghakimannya bahawa calon Perdana Menteri mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti undi daripada Ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Berdasarkan jumlah kerusi Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang menguasai 128 daripada 22 kerusi Parlimen, Anwar tidak berhadapan dengan masalah untuk meraih sokongan di Dewan Rakyat bagi membolehkan Ahli Parlimen Port Dickson itu dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ketika ini, 16 kerusi Parlimen dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); 11 milik Parti Amanah Negara (AMANAH); DAP (42); PKR (50) dan baki sembilan lagi melalui Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Isu peralihan kuasa itu kembali timbul selepas beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berbahas pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu mengusulkan agar Dr Mahathir memanjangkan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU menegaskan beliau seseorang yang berpegang kepada janji dan ia perlu ditepati.- BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");