Perak Hari Ini

Harap Perpaduan Kaum Dikukuhkan

Tapah – Kerajaan Perak harap perpaduan antara kaum di negeri ini dapat dikukuhkan terutamanya melalui perayaan supaya dapat membantu dalam pembangunan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sambutan perayaan seperti yang dirayakan dengan rakan-rakan daripada kaum lain dapat menambah semangat toleransi antara kaum.

“Namun begitu penyatuan ini dilihat agak longgar, lebih lebih lagi dengan masalah yang telah kita hadapi baru baru ini tetapi sekarang kita ingin menunjukkan semangat kehormonian itu semula,” katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Penyerahan Set Periuk Ponggal Kepada Komuniti India di sini hari ini.

Selain itu katanya dalam ucaptama majlis penyerahan set periuk tersebut, kita perlu sedar bahawa tidak ada mana-mana kaum boleh mendabik dada bahawa mereka berhak dalam semua perkara kerana dalam tempoh enam dekad sejak merdeka, bapa-bapa kemerdekaan telah meletakkan asas kepada perpaduan di kalangan semua masyarakat kita.

“Saya bersyukur kerana masyarakat pelbagai kaum di Perak ini hidup dalam rukun kerana kita saling hormat menghormati, kekalkan semangat ini,” katanya. 

Tambah beliau lagi, semangat perpaduan kalangan rakyat negeri ini perlu dikekalkan dan tidak mengambil mudah keamanan yang ada kerana untuk meruntuhkannya lebih mudah daripada membina.

Terdahulu, sebanyak 3,000 set periuk Ponggal telah disumbangkan kepada komuniti India Dun Cenderiang dan mencatatkan satu rekod kebangsaan di bawah Malaysia Book of Records (MBOR) yang berjaya dilakar pada perayaan ini iaitu ‘Set Ponggal Terbanyak Diedarkan Dalam Satu Acara’.

“Terima kasih kepada penaja iaitu MCIS Insurance Berhad yang menaja 3,000 set Ponggal pada program ini, dan saya berharap agar perayaan ini dirayakan bersama kaum lain,” katanya.

Ponggal adalah perayaan yang kedua terbesar setiap tahun yang diraikan oleh masyarakat India selepas perayaan Deepavali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");