Berita Hari Ini

Harap Rakyat Dapat Sabar 3 Tahun – Guan Eng

Rakyat Malaysia digesa supaya bersabar sementara kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) berusaha memulihkan kembali kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata ia akan mengambil masa tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kembali ke landasan untuk bangkit dalam ekonomi sebagai ‘Harimau Asia’.

“Apabila kedudukan fiskal negara telah dipulihkan, kita akan perlahan-lahan maju sedikit demi sedikit, dan kita berharap rakyat dapat bersabar,” katanya ketika berucap di hadapan penganut Hindu sempena perayaan Thaipusam di Kuil Penang Waterfall Hilltop, di George Town, malam ini.

Beliau berkata bukan mudah untuk kembali bangkit selepas negara kehilangan berbilion ringgit, namun kerajaan PH akan berusaha dengan “setiap degupan jantung kita untuk menunaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia”.

Terdahulu, Lim menghadiri upacara keagamaan khas di Kuil Sri Meenakshi dan Kuil Nattukotai Chettiar di Pulau Pinang, bersempena perayaan Thaipusam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kerangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");