Berita Hari Ini

Harga RON95 Turun Antara 20 Sen Hingga 27 Sen Selepas ‘Debat Hangat’

Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas “perbahasan hangat” semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");