Perak Hari Ini

Hari Bertemu Pelanggan: MBI Terima 26 Aduan

IPOH: Sebanyak 26 aduan daripada orang ramai telah diterima oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi program Hari Bertemu Pelanggan, hari ini.

Program yang diadakan di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) itu memberi ruang kepada orang ramai khususnya warga Ipoh untuk berurusan dengan pegawai MBI berhubung pelbagai isu.

Menerusi laporan yang dikongsikan Pegawai Perhubungan Awam MBI Mohd Syahrizal Azmi, daripada kesemua aduan yang diterima, sebanyak 13 aduan yang melibatkan semak-samun di longkang, longgokan sampah haram sehingga menganggu kawasan awam.

“Kita juga ada menerima 10 aduan yang empat daripadanya berkaitan isu bonggol dan dua aduan melibatkan lampu jalan.

“Selain itu, tiga aduan juga diterima melibatkan isu longkang dan perparitan dan satu aduan melibatkan jalan yang rosak,” katanya.

Dalam pada itu, MBI juga turut menerima dua aduan melibatkan pemotongan rumput dan penebangan pokok serta satu aduan berkenaan halangan kenderaan.

Hasil tinjauan mendapati kaunter MBI tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang awam yang juga membawa bersama pelbagai maklumat aduan masing-masing, bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Program Hari Bertemu Pelanggan MBI tersebut merupakan program bulanan yang mana kaunter akan dibuka pada hari Selasa, minggu pertama pada setiap bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");