Panasnya Hari Ini

Hati Saya Tetap BN – Ramli

CAMERON HIGHLANDS: Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menegaskan bahawa hati dan prinsip perjuangannya tetap kukuh bersama BN.

Penafian itu sekali gus menepis dakwaan beliau akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang pada PRK yang akan berlangsung 26 Januari ini.

“BN di hatiku, dalam perjuangan kita kena ada keikhlasan, kejujuran dan integriti.

“Setakat ini tidak ada pihak yang datang mendekati saya (berhubung dakwaan itu),” katanya ringkas ketika ditemui di Masjid Kampung Raja di sini hari ini, lapor BH Online.

Sebuah portal berita hari ini mendakwa Pakatan PH masih mampu merampas Cameron Highlands jika calon BN Ramli, menyertai PH selepas kemenangannya.

Berita yang memetik sumber dari dalam sebuah parti komponen BN itu turut meramalkan kemungkinan lain bahawa Ramli menjadi Ahli Parlimen Bebas dan memaklumkan bahawa PH sudah memulakan langkah untuk menarik beliau ke PH sekiranya beliau menang di Cameron Highlands.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");