Sukan Hari Ini

Higuain Sertai Chelsea

LONDON 24 Jan. – Chelsea melengkapkan perpindahan Gonzalo Higuain menyertai skuad The Blues itu secara pinjaman hingga musim ini dari Juventus bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan, kata kelab tersebut.

Higuan menyertai Chelsea selepas tempoh pinjamannya bersama AC Milan disingkatkan kepada kurang daripada enam bulan dan perjanjian tersebut membolehkan penyerang Argentina itu kembali bekerjasama dengan bos Chelsea, Maurizio Sarri sewaktu mereka berada di Napoli.

“Apabila dapat peluang untuk menyertai Chelsea berada di depan mata, saya perlu mengambilnya. Saya sentiasa mahu beraksi dengan pasukan seperti ini yang kaya dengan sejarah, memiliki stadium yang cantik dan bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL), liga yang saya sentiasa mahu beraksi.

“Sekarang saya berharap dapat membalas kepercayaan Chelsea dengan menunjukkan apa yang saya ada di atas padang. Saya tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pertama dan saya berharap dapat menyesuaikan diri secepat mungkin,” katanya lapor Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");