Berita Hari Ini

Isteri Ketua Pengarah Pelajaran Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

PUTRAJAYA: Isteri kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, Datin Akbal Hanam Talip, 61, meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 12.50 pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Arwah yang juga Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (CKPM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Enstek, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Berita kematian arwah turut dikongsi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, menerusi akaun peribadi Facebook (FB), pagi tadi.

Dr Maszlee merakamkan ucapan takziah di atas pemergian arwah dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");