Membawang Hari Ini

Isu Layanan Jururawat, Linda Rafar Dituntut Buat Permohonan Maaf

KUALA LUMPUR: Sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON), memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite, Linda Rafar, agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Notis itu dihantar melalui dua kaedah iaitu pemberian tangan dan secara hantaran ‘avis de réception’ (pos berdaftar).

Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa 7 hari.

Prosiding mahkamah akan dimulakan jika Linda gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

DON juga memaklumkan dana yang dikumpul mereka sudah mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan.

Bagaimanapun, tabung dana perundangan DON masih lagi dibuka untuk mereka yang masih mahu memberi sumbangan.

“Tindakan perundangan ini tidak sama sekali menganggu siasatan dalaman pihak hospital. Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri,” entri itu menyebut.

Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");