Membawang Hari Ini

Itu Teknik Kamera Saja – Fendy

“ITU adalah teknik kamera saja,” Itu adalah penjelasan pelakon, Fendy Bakry yang dikecam netizen apabila melakonkan babak intim bersama pelakon, Amyra Rosli dalam drama bersiri ‘Kan Ku Kejar Cinta Kamu’.

Menurut Fendy, 31, dia sendiri tahu batasan dalam melakonkan babak intim di katil bersama pelakon wanita itu.

“Saya sendiri tahu batasan. Apa yang penonton nampak di kaca TV itu hanyalah teknik dan pemilihan sudut kamera.

“Padahal, kedudukan kami berdua jauh dan tidak serapat yang dilihat di kaca TV. Kami sendiri akan meminimumkan aksi-aksi yang tidak sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Fendy, pengarah drama itu, Yusry Abdul Halim mengolah skrip drama adaptasi novel itu dengan sangat baik.

“Kalau ikutkan novel asal, ia lebih ‘berani’, tapi skripnya diolah oleh pengarah, abang Yusry supaya lebih sesuai untuk ditonton.

“Sebelum menjayakan sesuatu babak, saya dan Amyra akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu dan akan menambah baik mana-mana bahagian yang boleh ditambah,” katanya.

Fendy berharap agar lakonannya akan terus diterima baik oleh peminat terutamanya penggemar drama tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");