Berita Hari Ini

Jangan Guna Kematian Muhammad Adib Sebagai Bahan Kempen Pilihan Raya-Bomba

PUTRAJAYA- Semua pihak termasuk parti politik yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands digesa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bercanggah berhubung siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, tindakan itu bukan sahaja menjejaskan perjalanan inkues yang sedang dijalankan mahkamah, malah boleh mendatangkan implikasi undang-undang.

“Jadi kita tidak mahu dan malah tidak bersetuju bahawa kes melibatkan Muhammad Adib digunakan bagi kepentingan tertentu, kerana kami selaku warga bomba menganggapnya sebagai ikon dan sentiasa berharapkan keadilan untuk beliau.

“Jangan gunakan kematian beliau bagi menimbulkan sentimen dan gambaran negatif termasuk untuk kempen politik masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2019 JBPM di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa pihak yang cuba menggunakan kesempatan terhadap kematian Muhammad Adib akibat dipukul semasa bertugas dalam rusuhan Kuih Sri Maha Mariamman tahun lalu sebagai bahan kempen PRK Cameron Highlands lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");