Membawang Hari Ini

Jarak Usia 23 Tahun Tak Halang Cinta Leonardo DiCaprio Dengan Kekasih

PELAKON popular Hollywood Leonardo DiCaprio dikenali sebagai artis yang terlalu tertutup dengan soal kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, dia tidak mampu untuk menghalang jurufoto bebas atau paparazi mencuri aksi-aksi mesra dengan kekasihnya Camila Morrone.

Bintang filem The Revenant ini dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model cantik yang baharu berusia 21 tahun itu.

Jarak usia 23 tahun nampaknya tidak menghalang cinta pasangan itu.

Pasangan ini dirakam bercium mesra pada satu makan malam romantis di sebuah restoran terkenal.

Menurut sumber dipetik E! Online, Leonardo ingin membawa hubungan tersebut lebih jauh memandangkan usiannya yang semakin meningkat.

“Leo sudah jauh dewasa dan memikirkan hubungan jangka masa panjang. Tidak hairan jika muncul banyak khabar pasangan ini sedia membawa hubungan lebih jauh,” ujarnya lapor Mstar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");