Berita Hari Ini
Like

Kadar Sewa Kuarters PPj Naik, Dakwa Najib

January 8, 2019
92 Views
0 Comments
1 minute read
Kadar Sewa Kuarters PPj Naik, Dakwa Najib

PUTRAJAYA: : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kadar sewa kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini naik berganda dari RM400 kepada RM800 sebulan.

“Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedikit. Jangan digandakan serta-merta macam ini sehingga tidak dapat bernafas,” katanya dalam catatan di Facebook miliknya pada Isnin.

Najib berkata penyewa kuarters berkenaan adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan dan menurutnya, PPj adalah milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan.

Dalam catatan itu, turut disertakan dua keping gambar notis makluman kadar baharu sewaan kuarters Blok F dan G milik PPj Presint 11.

Dalam notis tersebut, ia menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).

Notis itu menyatakan bahawa kadar baharu sewaan akan berkuat kuasa setelah kontrak penyewaan sedia ada tamat dan penyewa masih berminat untuk meneruskan kontrak baharu bagi penyewaan kuarters berkenaan.

PPj yang dihubungi bagi mendapatkan maklum balas menyatakan satu kenyataan berhubung perkara berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.-BERNAMA

Komen & Pendapat

Comments are closed.