Membawang Hari Ini

Kamal Beri Kata Semangat Buat Emma

PELAKON Kamal Adli yang juga bekas kekasih Emma Maembong antara selebriti tempatan yang tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat pelakon jelita itu di Instagram @emma_maembongofficial.

Kamal yang menjalin hubungan dengan Emma hampir empat tahun menulis, “Stay strong ya. Allah kan ada. Komen ini mendapat 2,630 likes dan Kamal turut menerima pujian daripada peminat.”

Namun, tidak kurang juga ada segelintir netizen mempertikaikan niat Kamal sama ada ikhlas atau menyindir Emma.

Bagaimanapun, Emma dilihat langsung tidak memberikan respons terhadap kata-kata semangat daripada Kamal yang kini dianggap sebagai kawan baiknya.

Selain Kamal, Emma turut mendapat kata-kata semangat daripada pelakon Mawar Rashid, Alvin Chong, Intan Saleh, Mimi Ernida dan ramai lagi.

Melihat pada komen netizen, kebanyakannya tidak berpuas hati dengan Emma apabila melemparkan pelbagai komen yang keras.

Bagaimanapun, Emma tidak bersikap agresif, sebaliknya mengambil pendekatan berlembut dan mengakui kesalahannya.

Antara tulisan Emma yang menyentuh hati netizen ialah, “Walaupun ramai cakap pergi minta maaf dekat Allah saya buat, dekat manusia pun ‘still’ saya kena minta maaf juga kan.

“Tak sempat saya nak reply komen satu-satu banyak sangat. Tapi terima kasih yang masih ‘support’ dan yang positif,” katanya.

Semalam, Emma mengaku dia adalah wanita tidak bertudung di dalam gambar bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Syed Abdullah yang tular sebelum itu.

Bagaimanapun, Emma menafikan dia adalah wanita berpakaian seksi dalam satu lagi gambar bersama lelaki sama di dalam sebuah bilik hotel yang turut tular.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");