Panasnya Hari Ini

Kekalahan PH Sebagai Peringatan Rakyat

ARAU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul masa ini.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kekalahan sulung parti berkenaan adalah gambaran bahawa banyak perkara asas terhadap rakyat perlu diperhalusi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kekalahan PH dalam PRK Cameron Highlands adalah sebagai peringatan supaya melihat semula keperluan dan luahan rakyat berkenaan isu yang berlaku.

“Walaupun kita tidak menang, pelbagai maklum balas diterima daripada masyarakat di sana berkaitan isu bantuan sara hidup, kos sara hidup, pembangunan jalan dan isu Orang Asli.

“Segala maklum balas berkenaan akan diperhalusi dan diperbaiki demi memperbaiki kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Melayu Perlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menyangkal bahawa kekalahan PH adalah disebabkan faktor bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dilihat turut sama berkempen bagi Barisan Nasional (BN).

“Itu bukan faktornya kerana kami lihat kekalahan ini sebenarnya adalah isyarat pengundi Cameron Highlands yang mahukan kita memperbaiki perkhidmatan kita kepada masyarakat di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");