Jenayah

Kekasih Mengaku Sembunyi Kelahiran

AYER KEROH- Pasangan kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, minggu lalu.

Muhammad Siddiq Amran, 20, dan Nur Aryssa Khairul Nizam, 21, masing-masing mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan cara mengebumikan mayat bayi yang dilahirkan Nur Aryssa, dengan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan sawah padi di Bukit Rambai, Batang Tiga, 8.30 pagi pada 13 Januari lalu.

Justeru, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan jaminan RM10,000 diberikan kepada setiap tertuduh sementara menunggu laporan sosial untuk hukuman.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguambela merayu jaminan rendah dikenakan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang serta menetapkan 18 Februari depan untuk tarikh serahan laporan sosial dan jatuh hukum.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh memberikan kerjasama penuh kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melengkapkan laporan sosial memetik laporan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");