Perak Hari Ini

Kelahiran 13 Bayi Tahun Baharu 2019 Disambut

IPOH: Detik tahun baharu atau 1 Januari 2019 sudah semestinya menjadi hari teristimewa buat 13 bayi yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Ketua Jururawat Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HRPB, Hamimi Mohammad Suffian berkata, sehingga jam 8 pagi, seramai enam bayi perempuan dan tujuh bayi lelaki selamat dilahirkan.

“Bayi paling awal dilahirkan di hospital ini adalah pada jam 12.35 pagi dengan berat 2.53 kilogram.

“Setakat ini juga, daripada 13 orang ibu yang bersalin, empat daripadanya adalah melahirkan bayi melalui pembedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah wad bersalin di HRPB, di sini, hari ini.

Selain itu, rata-rata ibu bapa yang ditemui turut melahirkan rasa keterujaan mereka yang menyambut kelahiran anak masing-masing pada tarikh 1 Januari 2019 ini.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang menganggap tarikh tersebut bakal membawa kebaikan kepada anak mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");