Berita Hari Ini

Kenapa Guna Akta Hasutan Isu Hina Agong? Ini Jawapan polis

Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan polis menggunakan Akta Hasutan bagi menahan tiga individu yang didakwa menghina Sultan Muhammad V di media sosial.

Tegas Noor Rashid, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas berhubung dakwaan tersebut demi menjamin keselamatan negara.

“Ia adalah isu sensitif yang ditularkan dalam media sosial dan kita telah menjeniskan kes ini bawah Akta Hasutan dan polis akan mengambil tindakan.

“Sebabnya kita tidak mahu kalau kita biarkan perkara ini tanpa dikawal dengan baik, tanpa tindakan yang baik.

“Kita takut akan mencetuskan sesuatu situasi yang mengancam keselamatan negara kita.

“Maka pihak polis perlu mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang ada,” katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, hari ini.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");