Berita Hari Ini

Eric Liew Mohon Maaf Hina sultan Muhammad V

SHAH ALAM- Seorang pengguna Facebook memohon maaf terhadap komen jelek yang dimuat naiknya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Individu yang menggunakan nama Eric Liew itu berkata, dia membuat kenyataan di dalam sebuah grup Facebook yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhamad V.

“Saya telah membuat komen biadap yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

“Saya benar-benar minta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya harap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya,” tulisnya di Facebooknya, hari ini.

Eric sebelum ini memuatnaik kenyataan jelek selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuasa semalam.

Kenyataan Eric mengundang rasa marah dalam kalangan netizen termasuk pimpinan parti politik antaranya ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang mahu polis mengambil tindakan tergadapnya.

Asyraf Wajdi berkata, jika di Thailand, seseorang yang menghina raja akan dikenakan tindakan tegas oleh penguatkuasa di negara berkenaan memetik laporan Sinar Harian.

“Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah menerima tindakan undang-undang yang keras,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");