Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bakal Menaiktaraf ITIC Perak

IPOH- Kerajaan negeri sedang mengambil inisiatif untuk melaksanakan usaha menaiktaraf Ipoh Tourist Information Centre (ITIC) demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan di kalangan para pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penaiktarafan tersebut adalah inisiatif bagi menambah nilai estetika melibatkan bandaraya Ipoh khususnya.

“Pencahayaan dan hiasan di beberapa lokasi akan dinaik-taraf yang ditambah dengan lukisan mural oleh pelukis popular, Ernest Zacharevic di beberapa premis di Ipoh yang mana manjadi daya tarikan kepada bandaraya ini.

“Jalan Dato Tahwil Azhar turut dinaik taraf demi keselamatan pengguna jalan raya terutama di Gerbang Malam, manakala Kompleks Silveritage di Medan Gopeng juga bakal diberi nafas baharu untuk mempromosikan pelbagai barangan kraf tempatan,”katanya.

 

Terdaulu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat untuk merasmikan Galeri Warisan 22 Hale Street yang terletak di Jalan Tun Sambathan di sini hari ini.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan Baginda bersama Raja Permaisuri diiringi isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tan Kar Hing serta Pengasas Galeri Warisan 22 Hale Street Puan Sri Datuk Sandra Lee.

Semasa majlis berlangsung, Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak berkenan merasmikan Galeri Warisan 22 Hale Street.

Seterusnya, Baginda serta Raja Peramisuri yang turut diringi tetamu kehormat lain berkesempatan melawat Galeri Warisan 22 Hale Street tersebut.

 

Selain itu, ketika menyampaikan sembah ucapan, Ahmad Faizal turut berkata, galeri Warisan tersebut merupakan sesuatu yang penting dalam memastikan legasi sesebuah masyarakat dapat difahami dan dijadikan panduan dalam pembentukan tamadun.

“Untuk penegtahuan, nama galeri ini diambil bersempena nama jalan yang diabadikan sebelum ini bagi mengenang Mendiang A Hale yang merupakan seorang pengutip cukai bagi Kerajaan British,” katanya.

Tambah beliau lagi, usaha untuk mengetengahkan nilai-nilai warisan negeri Perak di Galeri Warisan 22 Hale Street ini, wajar dipuji kerana para pelancong dapat menyelami keunikan elemen warisan bandaraya Ipoh dan negeri Perak melalui galeri tersebut.

“Usaha ini bukan sahaja penting untuk mempromosikan elemen warisan kepada generasi muda, malah mampu membantu pembangunan sektor pelancongan Ipoh dan negeri Perak,”katanya.

Program Sama-Sama PoP (Pride of Perak) dianjurkan oleh Galeri Warisan 22 Heal Street dengan kerajaan negeri selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Januari dan diadakan di Jalan Bandar Timah, Pekan Lama Ipoh.

Pembukaan Galeri Warisan 22 Heal Street merupakan satu penghormatan peribadi kepada Mendiang A Hale yang berpandangan jauh, bijaksana dan bermurah hati yang mana Sandra Lee sendiri telah mendapat dorongan dari bapa mertuanya, Tan Sri Lee Loy Seng yang dikenali sebagai ‘Rubber Baron of Malaysia’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");