Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Perak Zahir Ucapan Tahniah Lantikan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong

IPOH:Kerajaan Negeri Perak menzahirkan ucapan tahniah atas perlantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi satu kenyataan rasmi hari ini berkata Kerajaan Negeri Perak turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perisytiharan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun bermula dari tarikh 31 Januari 2019.

“Keputusan yang diambil Majlis Raja-Raja pada hari ini sekaligus meneruskan kesinambungan Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.

“Kerajaan Negeri Perak dengan ini mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’atuddin Al-Mustafa Billah Shah terus dikurniakan keafiatan dan hidayah dalam menjalankan tugas sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.Daulat Tuanku,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");