Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sambut Baik Pelancaran Pusat Latihan Akademi Penerbangan

IPOH- Kerajaan negeri menyambut baik pelancaran Layang Layang Flying Academy di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hari ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri berasa bangga kerana Bandaraya Ipoh dipilih sebagai pusat latihan penerbangan yang merupakan cawangan kedua selepas Kota Kinabalu.

“Dengan adanya pusat latihan penerbangan seperti ini, ia pasti akan merancakkan lagi aktiviti penerbangan di lapangan terbang ini.

“Perkara ini disambut baik oleh kerajaan Perak dimana kerajaan negeri sedang mengusahakan untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTAS) sebagai destinasi utama di Malaysia,”katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Pembukaan Rasmi Layang Layang Flying Academy di LTSAS di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Layang Layang Flying Academy, Dartuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, Pengarah Urusannya, Johan Poong Abdullah dan Naib Pengerusi Hubline Sdn Bhd datuk Richard Wee.

Selain itu kata Ahmad Faizal, operasi Layang Layang Flying Academy di Ipoh adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menggalakkan perkembangan industri penerbangan di Perak bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, yang telah dikenal pasti sebagai di antara jentera utama pertumbuhan ekonomi negeri ini. 

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri turut berbincang dengan pengarah urusannya dimana bakal membangunkan hostel bagi menempatkan pelajar serta menyediakan kemudahan kepada pelajar di dalam kawasan tersebut dengan kerjasama kelab Aero Perak.

“Saya melihat sedikit perbezaan dimana yuran yang dikenakan antara yang terendah berbanding syarikat lain. 

Saya berharap agar perkara ini akan disambut baik oleh rakyat negeri Perak dan dapat diberi perhatian sewajarnya oelh ibu bapa bagi [ihak anak-anak mereka,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal turut menyaksikan Majlis Mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Layang Layang Flying Academy dengan empat buah syarikat iaitu Perak Aero Club, Air Service training Perth, Orient Pacific Coast Air Sdn Bhd dan Malindo Air.

Seramai 22 orang pelatih telah mendaftar di akademi tersebut dan apa yang menarik adalah apabila mereka lulus serta mendapat lesen, kesemua mereka akan diterima untuk menjadi juruterbang di syarikat penerbangan Malindo Air.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");