Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Atasi Masalah Sekolah Aliran Cina

BATU GAJAH- Kerajaan negeri mengutarakan saranan bagi membantu sekolah-sekolah menengah aliran Cina yang menghadapi masalah di sekitar Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri boleh membantu dengan mempertimbangkan lokasi tapak yang lebih sesuai untuk para pelajar serta dilengkapi kemudahan asas seperti tapak padang sekolah dan sebagainya.

“Kita sedar terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar dimana terdapat kesesakan lalul intas yang disebabkan lokasi sekolah dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu memikirkan anak-anak yang terpaksa pergi ke sekolah-sekolah yang mana mereka perlu melalui perjalanan yang jauh dari rumah mereka untuk kesekolah pada setiap hari,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Pentadbiran Tan Sri Datuk Seri Jeffery Cheah di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) Gunong Hijau, Pusing yang turut dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffery Cheah di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut mengulas mengenai status kenaikan tarif air yang dijangkan akan dilaksanakan bagi penyeragaman di seluruh negara.

“Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah memberi penjelasan dan taklimat namun tidak ada kata putus untuk menaikkan kadar tersebut.

“Saya fikir mungkin pihak kementrian telah mengumumkan hal ini lebih awal tetapi masih belum ada kata putus bagi untuk menaikkan tarif air oleh kerajaan negeri,”katanya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beliau juga berharap agak semua rakyat dapat bertenang sebelum sebarang perlaksanaan dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");