Berita Hari Ini

Kereta Tercampak Ke Dalam Laut

PULAU PINANG- Sebuah kereta dipercayai tercampak ke dalam laut berhampiran Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, kenderaan terbabit dipercayai terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios sebelum tercampak ke dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang ketika menghala ke Seberang Perai.

Rakaman dari kamera papan pemuka yang telah tersebar di media sosial menunjukkan video kemalangan terbabit yang disebabkan olehkedua-dua kenderaan yang dilihat dipandu dengan laju.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, Toyota Vios terbabit remuk di hadapan dan belakang, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Sehingga kini kereta dan mangsa belum ditemui .Sebelum kejadian kereta itu didapati dirempuh sebuah kereta Toyota Vios.

Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian saksi mendakwa ada sebuah lagi kenderaan terjunam ke dalam laut memetik Harian Metro.

“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat.

“Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");