Membawang Hari Ini

Kesihatan Ardell Aryana Makin Baik, Kuat Lawan Penyakit

“SAYA mahu elak andaian yang lebih teruk,” demikian luahan pelakon Ardell Aryana berhubung keputusannya untuk terus merahsiakan mengenai penderitaan yang dialaminya selama ini.

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dia perlu berbuat demikian bagi menghormati permintaan keluarga.

“Langsung tiada niat untuk sembunyikan keadaan kesihatan saya daripada sesiapa, namun saya telah berbincang dengan keluarga dan saya nekad untuk menjaga hati dan perasaan mereka,” kata Ardell sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Sebelum ini pelbagai spekulasi dibuat mengenai kesihatan Ardell termasuk ada yang mendakwa dia dalam keadaan nazak kerana melawan penyakit kanser.

Bekas pengacara program Extreme Road Trip ditemui semasa majlis tayangan perdana filem XX Ray 3 arahan sutradara Aziz M. Osman.

Bercerita lanjut mengenai keadaannya kini, Ardell bersyukur kesihatannya makin pulih biarpun pernah berhadapan saat kritikal sehingga berat badannya turun mendadak.

“Keaadaan saya kini jauh lebih baik daripada sebelum ini, namun masih berhadapan masalah untuk naikkan berat badan.

“Sejujurnya berat saya semasa sakit hanylah 27 kilogram. Saya menangis melihat keadaan diri ketika itu, ia sekaligus membuatkan saya tidak yakin untuk muncul di khalayak,” tambah Ardell.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");