Membawang Hari Ini

Lagu Baharu Fazura Tewaskan Ariana Grande

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa jam dilancarkan semalam, single terbaru Nur Fazura, Can’t Forget Me, berjaya menghuni kedudukan pertama carta muzik iTunes.

Bahkan, lagu berentak rancak berkenaan mampu menewaskan dendangan terkini bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande, 7 Rings.

Isteri kepada aktor, Fattah Amin, ini merakamkan lagu hasil ciptaannya dengan kerjasama Willy Beaman dan Cameron Forbes itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, tahun lalu.

“Hari Jumaat yang penuh rahmat… Subhanallah. Terima kasih semua yang mendengar lagu ini.

“Apapun, saya masih menggemari Ariana Grande. Lagu terbarunya sangat ‘lit’,” kata bintang jelita itu di Instagram Story.

Fazura yang mula meluncur di pentas nyanyian menerusi lagu Sayangi Dirimu juga terkejut dengan sambutan diterima single itu.

“Berada di tangga pertama selepas tujuh jam dilancarkan sangat mengejutkan. Namun, saya tetap berpijak di bumi nyata.

“Saya gembira kerana anda semua menyukai lagu ini, seperti juga saya. Dengarkan dan yakinlah diri anda sangat perkasa,” katanya yang turut menyatakan lagu terbabit ditujukan khas buat semua peminat.

Pelakon J Revolusi itu juga tersentuh melihat komen peminat di laman Twitter yang memuji lagu berkenaan. Tidak kurang yang menyifatkan lagu terbabit cukup bertaraf antarabangsa.

Video muzik single berkenaan juga melakar sejarah tersendiri buat syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia.

Ia dikatakan video muzik paling mahal pernah dihasilkan oleh label terbabit bagi artis tempatan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");