Jenayah

Lakaran Grafiti Satira Banksy Dicuri

PARIS: Sebuah lakaran grafiti satira yang dihasilkan artis jalanan terkenal Banksy untuk didedikasikan kepada 90 mangsa terkorban semasa serangan pengganas pada 2015, dilaporkan dicuri dari dewan konsert Bataclan, Paris.

Lukisan yang distensil berwarna putih menunjukkan gadis berwajah muram disalah sebuah pintu kecemasan di lokasi terkenal di Paris itu, sudah dipotong sebelum dilarikan.

“Lukisan Banksy, sebuah simbol kenangan dan milik semua termasuk penduduk tempatan, warga Paris dan dunia, sudah dicuri daripada kami,” kata penganjur dewan Bataclan.

Sementara itu, satu sumber yang rapat dengan penyiasat memberitahu stesen televisyen LCI bahawa ‘ sekumpulan individu memakai jaket berhud bersama mesin pemotong bawa lari menggunakan sebuah trak pada malam kelmarin hingga semalam.

Banksy, artis grafiti jalanan terkenal yang identitinya masih dirahsiakan sering menghasilkan lukisan ‘pop-up’ di tempat-tempat awam seperti dinding bangunan.

Lukisan beliau pernah dilelong dalam acara lelongan hingga mencecah sehingga AS$1.4 juta (RM5.77 juta) -AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");