Perak Hari Ini

Laluan Bas Hop On Hop Off Masih Diperhalusi

IPOH- Kerajaan negeri sedang dalam perancangan bagi memperhalusi laluan bas Hop On Hop Off yang dijangka bakal dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kemungkinan laluan yang bakal diambil kira adalah sekitar kawasan di Lembah Kinta atau meliputi kawasan Kellie’s Castle di Batu Gajah.

“Pemilihan laluan tentunya bersesuainya dengan perlaksanaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Piala Taming Sari Open Triples di Arena Lawn Bowl, Kompleks Sukan MBI di sini hari ini.

Selain itu Ahamd Faizal berkata, maklumat tentang jumlah bas masih belum diketahui tetapi agak memadai jika dilaksanakan dengan sebuah atau dua buah bas terlebih dahulu pada peringkat permulaan.

Menurut beliau lagi, agensi swasta yang mengendalikan bas tersebut, namun kerajaan negeri telah memberi insentif kepada mereka bagi memulakan perkhidmatan tersebut.

“Kerajaan negeri yakin dengan usaha ini agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke Bandaraya Ipoh,” katanya.

Tambah beliau semasa berucap di majlis tersebut, yang mana kerajaan negeri akan terus memberikan suntikan untuk memajukan lagi sukan tersebut apabila diletakkan di bawah Perbadanan Sukan yang akan ditubuhkan kelak.

“Kerajaan negeri begitu komited untuk membantu pembangunan sukan Lawn Bowls ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");