Berita Hari Ini

‘Lokman Perlu Henti Buat Spekulasi Perkauman Dalam Kematian Adib’

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Lokman Noor Adam perlu menghentikan “spekulasi bersifat perkauman” berkenaan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar.

Beliau berkata Lokman sebaliknya menunggu inkues punca kematian Adib dimulakan dan memberikan sebarang bukti – jika ada – kepada pihak berkuasa.

“Saya ingin menggesanya berhenti membuat spekulasi perkauman dan sabar menunggu inkues bermula.

“Jika dia ada bukti berwibawa berhubung cubaan menutup insiden itu, dia perlu hantar kepada pihak bertanggungjawab untuk membantu prosiding inkues,” katanya kepada Malaysiakini melalui pembantunya hari ini.

Ketika protes semalam, Lokman mendakwa beberapa menteri kabinet berusaha menutup keputusan bedah siasat kematian Allahyarham Adib.

Beliau juga menuduh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara Tommy Thomas “melindungi” mereka yang didakwa membunuh Adib.

“Sesetengah menteri kabinet, antaranya (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) P Waythamoorthy, telah menggesa kabinet untuk meminda laporan bedah siasat.

“(Mereka mahu laporan menyatakan) Adib meninggal kerana kemalangan, dia dilanggar.

“Adakah kita akan benarkan ini berlaku?” soalnya semalam.

Setakat ini pejabat Waythamoorthy belum memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen berhubung perkara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");