Perak Hari Ini

Mahu Dapatkan Keadilan Untuk Waris Kebakaran Di Jelapang

IPOH:Dewan Perdagangan Islam Malaysia Perak (DPIM) akan berusaha perkhidmatan biro bantuan guaman secara percuma bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya bagi kesemua waris lima mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Zahar Hashim berkata sehingga kini kesemua mangsa masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak mengetahui punca sebenar kebakaran tersebut berlaku.

Malah katanya, timbul dakwaan negatif yang tular tambah menyedihkan keluarga mangsa.

“Sehingga kini masih tiada pembelaan daripada sudut perundangan jadi saya telah bercakap dengan waris untuk berusaha tegakkan keadilan bagi membantu waris.

“Kita tidak tahu apa punca kebakaran itu berlaku, ada dakwaaan negatif tersebar jadi kita mahu sesuatu dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada semua keluarga waris.

Katanya lagi, pihak DPIM memberi cadangan agar pihak waris mengambil tindakan undang-undang bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku.

“Tindakan ini perlu dan penting bagi beri keadilan kepada mangsa warisa mangsa mereka sudah terima pelbagai bantuan namun bantuan khidmat guaman tidak ada yang tampil membantu,” katanya.

Katanya hasil rundingan awal kesemua waris mangsa bersetuju untuk mendapatkan khidmat guaman bagi membela nasib anak mereka yang terkorban dalam insiden tersebut.

Beliau terdahulu mewakili Syarikat Zahar Advisory turut menyampaikan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada kesemua lima keluarga mangsa.

“Jika kita rajin bersedekah pastinya tuhan akan memberi lebih rezeki kepada si penyumbang,” katannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");