Jenayah

Maklum Balik Kampung Kepada Polis Menerusi Aplikasi VSP

TAIPING – Orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina boleh memaklumkan kepada bilik gerakan polis di setiap daerah untuk pemantauan menerusi sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Memetik laporan Bernama, Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Razarudin [email protected] Rasid berkata, sistem itu akan dihubungkan ke semua bilik gerakan polis daerah dan kontinjen.

“Melalui maklumat yang diberikan di VSP itu membolehkan polis membuat pemantauan dan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping bagi menggantikan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Polis Mohamad Taib yang bersara wajib pada 29 Januari ini.

Razarudin turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, cukup tidur serta memandu dengan baik agar tiba di destinasi dengan selamat.

Sementara itu, beliau berkata, polis akan mengadakan Ops Selamat peringkat negeri bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di kawasan Rehat dan Rawat (R(amp)R) Bukit Gantang, Taiping pada 1 Februari ini.

“Melalui ops itu kita akan senaraikan ‘kawasan panas’ yang berbahaya ketika memandu di jalan raya di negeri ini,” katanya dan menambah kenderaan berat juga tidak dibenarkan berada di lebuh raya pada 2 hingga 5 Februari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");