Jenayah

Kes Penipuan TAC Bank: RM14.9 juta Kerugian Dicatatkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM14.9 juta kerugian dicatatkan membabitkan penipuan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) bank sepanjang tahun lepas.

Malah, dalam tempoh 17 hari bagi tahun ini pula, sebanyak 33 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian RM441,000 membabitkan modus operandi yang sama.

Pemangku Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pengguna akan mendapat nombor TAC yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan.

Katanya, suspek sudah mempunyai maklumat akaun bank mangsa akan membuat satu transaksi pemindahan wang dan mangsa pula akan menerima SMS nombor TAC daripda pihak bank untuk pengesahan pemindahan.

“Susulan itu, suspek menghubungi mangsa sama ada menerusi SMS serta panggilan WhatsApp untuk memberitahu kononnya nombor telefon mangsa tersilap daftar untuk akaun banknya sebelum memaksa mangsa menghantar nombor TAC berkenaan.

“Selepas berjaya memujuk mangsa, suspek mendapat habuan manakala mangsa hanya sedar diperdaya selepas membuat semakan pada akaun bank miliknya,” katanya pada sidang akhbar di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Menurutnya lagi, untuk rekod sepanjang tahun 2017 sebanyak 202 kes dengan kerugian RM11.6 juta dilaporkan.

“Kes ini menunjukkan peningkatakan pada tahun lepas dengan jumlah kerugian RM14.9 juta membabitkan 392 kes.

“Kita minta orang ramai berhati-hati dan tidak memberikan nombor TAC kepada orang sebarangan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");