Panasnya Hari Ini

Manogaran Dakwa BN Menang Kerana Bawa Isu Perkauman

CAMERON HIGHLANDS: Calon Pakatan Harapan (PH) yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, mendakwa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman.

Manogaran berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pengundi kerana kegagalannya merampas kerusi berkenaan.

“BN main isu kaum, saya tak salahkan pengundi. Ini menjadikan kami lebih kuat kerana kami tidak memandang agama dan kaum,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pilihan Raya PH, di sini, semalam, lapor BH Online.

Katanya, meskipun kalah, beliau akan tetap meneruskan khidmatnya di Cameron Highlands dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang kempen berlangsung.

Beliau turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan DAP dan PH yang memberikan peluang kepadanya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan dan berharap mereka dapat membantu dalam membangunkan Cameron Highlands.

Kita perlu terus membantu penduduk. Saya komited untuk membantu kerajaan membawa pembangunan di sini,” katanya.

Calon BN, Ramli Mohd Noor, berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Ramli memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");