Panasnya Hari Ini

Manogaran Dipilih Bertanding

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menamakan M Manogaran sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan meletakkan bekas calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

“Kami sudah membuat keputusan meletakkan M Manogaran bertanding di (PRK) Cameron Highlands. Beliau dulu pernah bertanding di kerusi sama masa PRU-14,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Al-Bukhary di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir berkata, PH yakin dapat memenangi kerusi berkenaan dan mengatasi segala cabaran oleh pihak lawan.

“Kita akan menang pilihan raya kecil ini…Insya-Allah walaupun kita belum tahu siapa yang berlawan dengan kita.

“Bagaimanapun kita mampu berdepan dengan sesiapa walau apa isu sekali pun. Kita mampu menang,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Manogaran dari DAP memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Disember lepas mengesahkan Sivarraajh yang merupakan Naib Presiden MIC itu tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan yang bakal diadakan pada 26 Januari ini.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dan tiga calon lain.

Sementara itu, mengulas mengenai polemik yang ditimbulkan Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mendesak supaya peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan supaya sistem itu memanfaatkan ketua cawangan dan bahagian parti, selain diberikan semula kepada masyarakat setempat, Dr Mahathir berkata, ia sekadar pendapat peribadi laopr Harian Metro.

“Itu bukan pendirian kita…itu hanya pendapat beliau,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");