Panasnya Hari Ini

Manogaran Mohon Maaf, Tidak Perasan Pakai Baju Berlogo

LIPIS – Calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran meminta maaf kerana memakai baju yang mempunyai logo parti di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut dekat sini hari ini.

Katanya kepada Utusan Online, beliau tidak berniat melanggar peraturan ditetapkan kerana tidak perasan memakai baju yang mempunyai logo parti yang diwakilinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Menurutnya, namun perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan beliau telah keluar dari pusat mengundi di Pos Sinderut selepas diarahkan oleh para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pagi tadi saya ke Pos Sinderut dan saya tidak berniat memakai baju yang sama (berlogo parti) dan saya minta maaf. Saya tidak perasan sebab sudah dua minggu saya pakai macam ini, saya tidak berniat dan saya juga telah cakap kepada pengundi saya tidak berniat (berkempen dan melakukan provokasi),” katanya.

Beliau ditemui ketika melawat proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Pos Betau di sini hari ini.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemberian hadiah yang didakwa dilakukan jentera PH malam semalam, Manogaran berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu kerana berada di kampung Orang Asli.

“Saya akan mendapatkan laporan mengenainya sebelum mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");