Jenayah

Mayat Tanpa Pakaian

BACHOK: Pengunjung Pantai Melawi, di sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki tanpa pakaian yang ditemui berhampiran Seri Pantai Chalet, Melawi, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.55 petang, polis menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata mayat lelaki tanpa pakaian itu dipercayai hanyut di laut.

Katanya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Keadaan tubuh mayat membengkak dan hampir keseluruhan kulit pada tubuh mangsa mengelupas“, katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi lapor Berita Harian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mangsa.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat.

“Kes diklafikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");