Perak Hari Ini

MB Perak Seru Warga Desa Adakan Program Mantapkan Silaturahim Masyarakat

IPOH: Masyarakat yang tinggal di desa diseru untuk mengadakan pelbagai program yang mampu menguatkan lagi keutuhan pertalian silaturahim masing-masing.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, suasana masyarakat masa kini amat berbeza berbanding masa lalu yang mana hari ini, pada kebiasaanya anggota dalam sesebuah komuniti setempat itu tidak terlalu mengenali antara satu sama lain.

Jelasnya, walaupun program yang dirangka seperti itu tetap akan menerima sumbangan dana daripada pihak kerajaan namun, pihak jawatankuasa desa juga diseru untuk turut mendapatkan sumbangan dana tambahan daripada anak jati desa yang sudah berjaya di luar.

Menjadikan Kampung Sungai Rokam sebagai contoh, Ahmad Faizal berkata, usaha-usaha sedemikian dilihat mampu meluaskan lagi jaringan silaturahim penduduk kampung.


“Saya harap kita di kampung ini dapat menjaga masjid, sekolah dan dewan orang ramai dengan kita menghidupkan pelbagai program di situ.

“Ia memang memerlukan sedikit belanja namun, selain daripada kerajaan, ramai anak-anak kita yang sudah berjaya mampu membantu kita

“Saya memang berharap inisiatif seperti ini dapat terus dihidupkan supaya hubungan sesama anggota masyarakat dapat terus dipereratkan lagi,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, beliau mencadangakan agar kepelbagaian program yang sedemikian harus dianjurkan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam dan ramah mesra bersama rakyat di Dewan Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radz serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Mohd. Ariff Yeop Ishak.


Pada masa sama, Ahmad Faizal turut sama menyeru agar warga desa dapat mengenepikan fahaman politik masing-masing demi kemajuan kampung.

Ujarnya, di era Malaysia Baharu ini semua masyarakat harus bersama-sama bertanggungjawab dalam membina negara tanpa terlalu memikirkan pandangan politik peribadi.

“Kini adalah masa untuk kita bersama-sama menjadikan negeri dan negara kita lebih baik.

“Jangan kerana asyik berpolitik kita terus bercakaran. Jika ada sesuatu perkara yang baik, kita harus sokong, walaupun ia datang daripada pihak politik yang lain daripada pandangan kita,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");