Perak Hari Ini

MB Perak Tegur GLC Negeri

IPOH:Badan-Badan Berkanun kerajaan negeri atau GLC Perak diminta untuk bersikap lebih proaktif kepada hasrat dan dasar kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Kerajaan Negeri mempunyai hasrat yang tinggi kepada GLC bagi melibatkan diri dalam membantu masyarakat Orang Asli melalui inisiatif kampung angkat.

Bagaimanapun hasrat yang dihebahkan sejak 7 bulan lalu melalui media massa belum membuahkan hasil yang diharapkan.

“Saya percaya, GLC kita mempunyai kelebihan untuk membantu menigkatkan sosio ekonomi di kampung angkat berkenaan. Kita mahu GLC untuk terlibat secara langsung dalam mewujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan paling penting pendidikan anak-anak Orang Asal yang diyakini mampu mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik.

“Tetapi setelah menanti selama 7 bulan sejak dari tarikh saya menguar-uarkan hasrat itu kepada media, cuma ada dua saja GLC yang menyambut hasrat tersebut setakat Di mana agaknya GLC-GLC lain?,” katanya semasa menyampaikan amanat dalam Eksekutif Talk dan Perutusan Tahun Baru 2019 hari ini.

Katanya lagi, keuntungan yang diperolehi oleh GLC di negeri ini seeloknya dikongsi bersama golongan yang memerlukan.

“Melalui keuntungan diperolehi,apalah salahnya kita berkongsi bersama saudara-saudara kita di perkampungan Orang Asal di Sungai Siput, Grik serta lereng-lereng jalan berhampiran Simpang Pulai?

“Kosnya bukan tinggi mana pun malah kerja yang perlu dilakukan pun tidak banyak. Jadi saya harap jika ada usaha kerajaan yang
memerlukan kerjasama GLC demi kebaikan rakyat selepas ini, mohon diberi perhatian tanpa perlu saya hubungi ahli-ahli lembaga pengarah GLC di Perak ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");