Perak Hari Ini

MB Perak Tinjau Keadaan Mangsa Ribut Di Manjoi, Meru

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melawat mangsa yang terjejas akibat ribut dan angin kuat melibatkan lebih 10 buah rumah di kawasan Gugusan Manjoi dan Meru petang tadi.

Berdasarkan tinjauan beliau turut mendapati beberapa rumah mengalami kerosakan teruk dan ada di kalangan mangsa terpaksa dipindahkan sementara di Masjid Kampung Kolam Kampung Tengku Hussein di sini.

“Fokus kita adalah untuk menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa untuk malam ini. Kita sedang mengumpulkan maklumat jumlah rumah dan mangsa yang terjejas.

“Saya menyeru kepada semua mangsa untuk membuat laporan polis untuk memudahkan proses bantuan susulan,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan di dua kawasan tersebut.

Katanya lagi, setakat ini pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang berusaha bersungguh sungguh membersihkan pokok-pokok yang tumbang manakala pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membantu
menyambung semula bekalan elektrik ke semua kediaman dan premis yang terbabit.

Beliau pada masa sama, turut menggesa jabatan bertanggungjawab untuk bersama-sama bergotong-royong untuk membaiki rumah rumah yang terjejas serta akan meninjau keadaan lokasi lain seperti di Taman Kelbang dan Taman Meru.

“Saya juga menyeru kepada semua mangsa supaya mematuhi arahan pihak berkuasa jika perlu ke pusat penempatan sementara demi keselamatan mereka, jangan lupa bawa bersama dokumen-dokumen penting,” katanya.

Terdahulu empat kawasan terjejas iaitu Kampung Manjoi,Kampung Tengku Hussein,Kampung Tapah Seberang dan Kampung Kadas dalam kejadian ribut sekitar jam 5 petang tadi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");