Perak Hari Ini

MB Sambut Baik Pendirian Tun M Tolak Kemasukan Atlet Israel

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut baik pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak penyertaan atlet Israel daripada memasuki negara ini.

Katanya, kekejaman tentera Israel terhadap negera Palestin adalah sesuatu yang harus di kecam semua pihak.

“Saya terima baik dan ucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dengan membuat keputusan tersebut kerana ia bertepatan dengan pendirian negara kita yang tidak mempunyai hubungan diplomasi dengan negara Israel,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Ahmad faizal berkata demikian ketika diminta mengulas, tindakan Perdana Menteri yang sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, orang yang tidak diingini di negara kita mestilah dihalang masuk dan ini termasuk mereka yang disyaki menjadi pengganas dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");