Berita Hari Ini

Menteri Pertahanan Nafi Dakwaan Hishammuddin

LIPIS: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menafikan dakwaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meneruskan bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebaliknya, Mohamad berkata kerajaan Pusat bukan saja meneruskan bantuan diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bahkan menambah baik bantuan sedia ada.

“Tidak betul (dakwaan Hishammuddin)… kita teruskan (bantuan) malahan menambah baik bantuan sedia ada bagi menjaga kebajikan semua veteran ATM, bukan saja di sini, tapi di seluruh negara.

“Kita juga teruskan hak-hak mereka (veteran ATM) termasuk bantuan perubatan, perumahan, bantuan sara hidup dan saya juga menggerakkan Majlis Veteran ATM selepas hampir enam tahun tidak cergas,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PH, M Manogaran, melakukan tinjauan mesra di pasar malam pekan Sungai Koyan, di sini, petang tadi.

Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan, dalam perjumpaan bersama Veteran ATM di sini pagi tadi, melahirkan keresahan mengenai masa depan golongan veteran ATM yang dilihat tidak mendapat pembelaan sewajarnya di bawah kerajaan Pusat.

Beliau berkata, tidak ada apa-apa yang bermakna dilakukan kerajaan PH dalam membantu golongan veteran selepas sembilan bulan memerintah negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");