Panasnya Hari Ini

MIC ‘Lepaskan’ Kerusi Cameron Highlands Untuk BN Menang Besar

KUALA LUMPUR: MIC melepaskan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan lebih besar kepada parti itu pada pilihan raya kecil (PRK).

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata keputusan itu dibuat selepas calon mereka, bekas penyandang Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh, disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh bertanding semula dan mengundi.

“Keyakinan kami turun 50 peratus dan ini mengecewakan kami sedangkan sudah setahun wakil kami berkhidmat di sana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon BN di Hotel Seri Pacific di sini, hari ini, lapor BH Online.

BN mencalonkan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Nor, 61 tahun sebagai calon langsung untuk bertanding PRK Cameron Highlands.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei tahun lalu yang memberikan kemenangan kepada calon BN diwakili Sivarraajh terbatal dan tidak sah.

MIC tidak membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu, sekali gus membuka laluan supaya pilihan raya diadakan semula.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC, menang di kerusi terbabit dalam saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi selepas memperoleh 10,307 undi.

Beliau menewaskan empat calon lain iaitu M Manogran (DAP) yang meraih 9,710 undi, Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS – 3,587 undi), Mohd Tahir Kassim (Berjasa – 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM – 680 undi).

Komposisi kaum berdasarkan data demografi PRU-14 menunjukkan pengundi Melayu sebanyak 33.44 peratus, Cina (28.42 peratus), India (14.42 peratus) dan lain-lain yang kebanyakannya Orang Asli, 23.67 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");