Panasnya Hari Ini

MP Balik Pulau Antara Calon Ganti Nurul Izzah, Kata Sumber

Sejak Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang, jawatan berkenaan masih kosong sehingga kini.

Sumber dalaman parti itu mendedahkan bahawa kepimpinan PKR baru-baru ini menyenarai pendek tiga calon bagi jawatan berkenaan.

Tiga calon itu, kata sumber, ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Bakhtiar Wan Chik yang juga merupakan anggota parlimen Balik Pulau; Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Adun Pinang Tunggal; dan Adun Batu Maung Abdul Halim Hussain.

“Kemungkinan Bakhtiar akan dilantik sebagai pengerusi negeri memandangkan beliau merupakan timbalan menteri dan anggota parlimen yang berjaya merampas semula kerusi Balik Pulau daripada BN,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.

Bakhtiar yang merupakan bekas ahli majlis Pulau Pinang menggantikan bekas anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai calon PKR pada PRU Mei lalu.

Bakhtiar turut bertanding di kerusi itu pada PRU 2013, namun kalah kepada calon Umno Dr hilmi Yahya.

Selepas berjaya merampas semula kerusi Balik Pulau pada PRU ke-14, Bakhtiar dilantik menjadi timbalan menteri.

Bagaimanapun, pemimpin PKR Pulau Pinang tidak pasti tarikh pengumuman berhubung jawatan pengerusi negeri akan diumumkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");