Jenayah

Nenek Rempuh Pejabat PERGETAH

BALING: Akibat tersalah menekan pedal minyak ketika mahu memarkir kereta, seorang wanita secara tidak sengaja merempuh pejabat Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (PERGETAH) di sini, semalam.

Memetik laporan BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu, wanita berusia lingkungan 60-an itu dikatakan tertekan pedal minyak kereta Honda City sebelum kenderaan itu melanggar bangunan pejabat berkenaan.

Difahamkan wanita itu bersama dua cucunya berusia empat dan enam tahun hendak membeli ubat di farmasi bersebelahan pejabat PERGETAH.

Pengerusi PERGETAH Baling, Mohd Taufik Yaacob, berkata ketika kejadian pejabat berkenaan tidak dibuka kerana cuti hujung minggu.

“Mujurlah tidak ada sesiapa di dalam pejabat kerana kereta terbabit terperosok sehingga ke dalam ruang pejabat menyebabkan ada peralatan rosak.

“Pemandu wanita dan dua cucunya juga tidak mengalami kecederaan serius dan saya sudah meminta kakitangan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi akhbar berkenaan.

Difahamkan, wanita itu hendak membeli ubat penyakit kencing manis suaminya sebelum kejadian berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");