Sukan Hari Ini

Neymar Pemain Bola Paling Bernilai Di Dunia, Ronaldo Terkeluar 10 Carta Teratas

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia, menurut KPMG.

Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu untuk menganggarkan nilai-nilai pemain bola sepak Eropah, dengan Neymar yang berusia 26 tahun menduduki tangga teratas dengan £206.5 juta (RM1.08 bilion).

Rakan sepasukan PSG Neymar, Kylian Mbappe, 20, menduduki tempat kedua dalam senarai dengan nilai anggaran £193.8 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, legenda Barcelona berusia 31 tahun, Lionel Messi berada di tempat ketiga dengan nilai £183.2 juta (RM959.47 juta).

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang paling tidak ternilai, dengan nilai £151.6 juta (RM794.03 juta), penyerang Tottenham, Harry Kane £136.1 juta (RM712.58 juta), pemain utama Chelsea, Eden Hazard £133.5 juta (699.66 juta) dan Manchester City, Kevin De Bruyne £116.6 juta (RM610.77 juta).

Pemain hadapan Atletico Madrid, Antoine Griezman dengan nilai £113.2 juta (RM592.96 juta), pemain tengah Manchester United, Paul Pogba £107.5 juta (RM563.05juta) dan pemain Barcelona, Philippe Coutinho £106.5 juta (RM557.61 juta) melengkapkan kedudukan 10 pemain teratas paling bernilai.

Bagaimanapun, pemain Juventus, Cristiano Ronaldo berada adalah di luar kedudukan 10 teratas dengan nilainya £96.5 juta (RM505.24 juta) lapor Mail Online,Mstar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");