Usaha menaikkan kenderaan itu gagal selepas dua percubaan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengikat tali pada badan kenderaan itu bermula pukul 5 petang tadi untuk untuk dinaikkan menggunakan kren.

Menurut jurucakap pasukan SAR, dua penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal mengikat tali pada percubaan kali kedua berikutan arus yang kuat selain cuaca semakin gelap.

“Usaha menaikkan kenderaan itu akan disambung semula kira-kira pukul 7 pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lokasi SUV itu dikesan kira-kira pukul 4 petang tadi di tiang 34 Kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang pada kedalaman kira-kira 15 meter.

Ketika ini, pasukan mencari dan menyelamat percaya mangsa, Muey Yun Peng, 20, masih berada di dalam kenderaan itu dan akan dinaikkan bersama-sama keretanya menggunakan kren pagi esok lapor Utusan Online.