Jenayah

Ops Cuci: Lima Lagi Ditahan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu termasuk tiga pegawai dari sebuah agensi jabatan di Pahang, dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta.

Sumber memaklumkan, kelima-lima individu berusia antara 35 dan 51 tahun itu ditahan antara jam 3.50 petang hingga 10.40 malam tadi.

Katanya, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Pahang selepas hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata, kesemua suspek disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang direman Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang.

Kata sumber itu, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) dan Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jumaat lalu, empat pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Pahang direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut direman, tiga kontraktor yang dipercayai memonopoli projek berkenaan selepas ditawarkan perolehan secara rundingan terus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");