Panasnya Hari Ini

PAS Tak Pernah Nak Jadi PM – Hadi

KUALA LUMPUR: PAS tidak pernah mencalonkan mana-mana pemimpinnya untuk diangkat sebagai perdana menteri kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, parti terbabit juga tidak menggelarkan mana-mana pemimpinnya sebagai “perdana menteri menanti”.

“Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi perdana menteri, atau menggelarkan diri sebagai perdana menteri menanti.

“Mungkin saudara Lim (Kit Siang) lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya,” kata Abdul Hadi melalui media sosialnya hari ini, lapor MalaysiaKini.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai menjawab dakwaan Lim yang dimuat naik di blognya.

Lim melalui tulisan itu mendakwa Abdul Hadi “berbohong” tentang DAP dengan menggelarnya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam kerana parti itu enggan menyokong presiden PAS berkenaan menjadi calon perdana menteri pada PRU pada 2013.

Ketika itu PAS ialah rakan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum gabungan terbabit dibubarkan.

Tambah Lim lagi, sebelum PRU ke-13 Abdul Hadi menerusi kepimpinan PAS bertemu beliau bagi membincangkan isu calon perdana menteri dengan alasan Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai.

Bagaimanapun kata Lim pemimpin PAS agak licik kerana tidak mencadangkan pemimpin mereka secara langsung.

Sebaliknya kata anggota parlimen Iskandar Puteri itu PAS secara diplomatik mencadangkan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon perdana menteri.

Ditanya mengenai jawapan Abdul Hadi hari ini, Lim yang ditemui di Cameron Highlands sebaliknya tetap dengan dakwaan tersebut.

Menjawab dengan ringkas pada wartawan, Lim bertanya semula: “Adakah kamu menjangkakan dia akan mengaku?”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");